Harga borong:
Ketupat Ekonomi '6' RM 5.05
Ketupat Ekonomi '3' RM 2.60
Ketupat Mini '30' RM 4.75
Koperasi Peneroka Sungai Tengi Bhd
Wednesday, June 1, 2011
Tuesday, May 31, 2011
Sejarah Penubuhan Koperasi
Koperasi bermula pada tahun 1972 di awal kemasukan peneroka ke rancangan Felda Sungai Tengi.
Modal permulaan yang dikumpul, dipotong dari paysheet penadapatan peneroka sebanyak RM 10.00 seorang perbulan. Maka pada tarikh 15 September 1973, Koperasi telah didaftarkan dengan No. Pendaftaran 4879 dengan nama asal “SYARIKAT KERJASAMA SERBAGUNA FELDA SUNGAI TENGI”
AKTIVITI KOPERASI PADA PERINGKAT AWAL PENUBUHAN
- Koperasi pada permulaannya hanya menjalankan aktiviti mengangkut buah tandan sawit dari ladang ke kilang sawit Sungai Tengi.
- Dengan menyewa bangunan kedai PLB di pekan Sungai Tengi untuk dijadikan pejabat pergerakan.
- Seterusnya Koperasi meneruskan aktiviti lain seperti :-
a) Menambah lori yang sedia ada untuk melancarkan aktiviti pengangkutan BTS
b) Membeli bas sekolah, menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi anak-anak peneroka.
c) Menyimpan bekalan diesel untuk kegunaan sendiri
d) Membina rumah sewa bagi pekerja dan membina bengkel membaiki kenderaan yang disewakan kepada ahli yang berminat.
Sehingga pada tahun 1999 Koperasi telah memiliki sebanyak 21 buah kenderaan kesemuanya termasuk traktor, showel (Jenkuat) dan grader
(Jentolak).
- Koperasi menambah harta sedikit demi sedikit dan akhirnya telah membina sebuah petrol pam pada tahun 1989. Bangunan petrol pam inilah yang dijadikan pejabat untuk beroperasi yang masih wujud sehingga sekarang.
- Aktiviti Koperasi juga bertambah apabila Koperasi mengambil pekerja kontrak untuk membaiki jalan pertanian dan mula menjual minyak petrol, diesel dan minyak pelincir serta menjual batu dan pasir.
Subscribe to:
Posts (Atom)